Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Sunday, August 31, 2008

merdeka! merdeka! merdeka!


selamat menyambut hari kemerdekaan negara malaysia yg ke 51...
muat turun lg perpaduan teras kejayaan

sudirman tanggal 31


aishah bahtera merdeka


Friday, August 29, 2008

Adi Putra Kelahiran (OST Akukah Tanggang?)



layan juga aku drama ni....

bonus 2008

alhamdulillah... tahun ni pak lah umumkan ada bonus...sebulan gaji, bayaran dibuat pd september dan disember. bayaran sept. blh la guna utk raya aidilfitri nanti, bayaran disember blh guna utk persediaan persekolahan januari 2009. Alhamdulillah..

Wednesday, August 27, 2008

Maybank lancar kad kredit Islam, Amex

Alhamdulillah akhitnya maybank mengeluarkan kad kredit Islamnya... lama dah aku tunggu kad kredit Islam maybank ni.. nasib baik dah isi borang kat wakil maybank di sekolah baru2 ni.. aku daftr kad kredit Islam.. sebelum ni dah 3 kali (tak silap aku) maybank telefon aku tawarkan kad kredit konvensional.. taknak la aku.. aku yg belajar sikit2 mengenai riba takut plak rasa nak guna, takut terlibat dgn riba.. lg pun senang maybak nak byr hutang, gaji pun maybank.. Bank Islam leceh sikit nak bayar, ramai org.. bayar kad maybank blh guna manybank2u.. yg penting Islam yg dipilih... sepatutnya sekarang org Islam tidak terlibat lg dengan riba. sebab kita ada pilihan yg Islam atau konvensional... nak tahu lebih lanjut pasal riba blh buka laman web ustaz zaharuddin..

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Malayan Banking Bhd. (Maybank) melalui Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) melancarkan kad kredit Islam pertama bagi rangkaian American Express di seluruh dunia.

Kad kredit itu yang dikenali sebagai kad 'Ikhwan' ditawarkan dengan kerjasama American Express (Amex) dan Visa International.

Amex penyedia kemudahan kad caj dan kad kredit yang mempunyai Ibu Pejabat Operasi Antarabangsa (OHQ) yang mengendalikan 11 buah negara iaitu Belanda, United Kingdom, Australia, New Zealand, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Brunei, Singapura dan Malaysia serta diterima di seluruh dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar berkata, kad kredit tersebut beroperasi mengikut Syariah yang berlandaskan prinsip 'Bay Al Inah' atau jualan dengan pembelian semula dan Maybank menyasarkan sebanyak 100,000 kad kredit itu akan dikeluarkan pada tahun pertama pelancaran.

''Prinsip ini menekankan kemudahan kredit tetap dan tempoh pembayaran semula, keunikannya adalah ia tidak mempunyai kadar faedah campuran dan kadar maksimum tetap yang boleh dikenakan kepada pelanggan untuk pembayaran lewat.

baca berita Maybank lancar kad kredit Islam, Amex di utusan klik sini


Anwar menang di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Anwar memperoleh 31,195 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat 92 undi.

Hanafi hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 10.02 malam di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan perletakan jawatan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota Parlimen pada 31 Julai lepas bagi memberikan laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding. — Bernama

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm



Sunday, August 24, 2008

cara buat blog..

salam..ramai yg teringin nak belajar buat blog... aku pun dulu teringin sgt nak ada blog ke web ke.. heran mcmana depa buat.. mula2 aku jumpa cara buat blog kat monakas.com.. aku daftar dan monakas hntr kat aku video cara buat blog dalam bhs melayu.. dr situ la aku belajar buat blog..
untuk sesapa yg nak belajar blog boleh la ambik video yg aku ambik dr monakas tu.. (klik sini) berikut senarai web/blog yg aku rujuk dan boleh boleh hangpa semua memantapkan lg blog hangpa.. (hakikatnya aku sendiri pun tak pandai mana)

  1. http://blogmenjerit.com/
  2. http://sembangkomputer.com/
  3. http://infoict.dapat.com/
  4. http://danialirfan.blogspot.com/
  5. http://grapesnasyid.blogspot.com/
  6. http://adiwidget.blogspot.com/
  7. http://www.bloggerbuster.com/
  8. http://asasberblog.blogspot.com/
  9. http://www.noorizamshah.com/
  10. http://myp4u.blogspot.com
  11. search engine... yahoo, google dll... taip saja apa yg nak berkaitan blog, tekan enter...

kalau hangpa rajin dalm web/blog diatas ni ada lg link2 ketempat lain yg boleh memantapkan lg blog... aku juga tanya kawan2.. nak pecah kepada 3 template s baru baru ni ikut blogbuster tak boleh pun (tak reti la tu...) terpaksa la minta tolong ustaz mi yg buat..

kalau nak tanya mcmana aku buat kat dlm blog aku ni pun blh juga... bleh contact aku.. Insya Allah aku akan bg script javanya...

selamat mencuba membuat blog dan memantapkan blog...

Wednesday, August 20, 2008

mcmana nak jd 3 template blog

aku dah jd kan 3 kolum template dgn bantuan ustaz mi.. sapa nak buat bukalik kat laman web ni http://www.bloggerbuster.com/2007/07/create-three-column-blogger-template.html
selamat menjadikan 3 kolum template

dalam bahasa melayu anda boleh klik pada link ini http://blogmenjerit.com/2008/05/18/menukar-templat-minima-kepada-3-kolum/
edit pd 27/8/08

laman web soalan ptk online

salam... esok exam PTK P&P saja.. doakan lulus.. Insya Allah...
mlm ni ustaz basyir bg laman web soalan PTK... pergh... susah juga..
sapa nak buat soalan online sila buka laman web ni http://www.teachersrock.net

Wednesday, August 13, 2008

Esok balik kg

esok aku balik kg coz hr khamis ni isteri temuduga SPP. harapnya berjaya dengan cemerlang... INsya Allah.. hari ahad nanti (17/8/08) kenduri kawin adik aku... jd terpaksa la aku ambik cuti hr khamis ni.. jemput la mai kenduri
PTK plak hr kamis 21/8/08. datu kertas aja lg. P&P. tak tau nak baca apa.. cari bahan dalam internet pun takdak... lecebetul.. sapa yg ada bahan tu bg la kat kawan2 ni...balik kg nanti takdak intenet, so tak bleh la buka blog aku ni.. banyak lg yg nak kena belajar pasal blog ni.. templates tak ubah lg... mcm2 lg boleh buat..
tgk blog orang ada google adsense syok gak buit duit... tp pendapatanya halal ka?
lu fikir la sendiri (nabil RJL kata)... nak pikir mcmana takdak ilmu... ada sesapa yg kata halal google adsense ni?... ntah...

wassalam

Saturday, August 9, 2008

sambutan Isra' Mikraj SKKD

Hr ni SKKD br buat sambutan Isra' Mikraj.. hr ni sek ganti untuk cuti hr raya. sek kami menjemput Ustaz Zakir bin Majid dr SK Ulu Melaka. maklumat lanjut sila klik disini

Sunday, August 3, 2008

Pelan Sek Keb Kedawang



pelan sek ni buat guna excel aja.. ok ka?

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd