KUALA LUMPUR 25 Ogos - Malayan Banking Bhd. (Maybank) melalui Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) melancarkan kad kredit Islam pertama bagi rangkaian American Express di seluruh dunia.
Kad kredit itu yang dikenali sebagai kad 'Ikhwan' ditawarkan dengan kerjasama American Express (Amex) dan Visa International.
Amex penyedia kemudahan kad caj dan kad kredit yang mempunyai Ibu Pejabat Operasi Antarabangsa (OHQ) yang mengendalikan 11 buah negara iaitu Belanda, United Kingdom, Australia, New Zealand, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Brunei, Singapura dan Malaysia serta diterima di seluruh dunia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar berkata, kad kredit tersebut beroperasi mengikut Syariah yang berlandaskan prinsip 'Bay Al Inah' atau jualan dengan pembelian semula dan Maybank menyasarkan sebanyak 100,000 kad kredit itu akan dikeluarkan pada tahun pertama pelancaran.
''Prinsip ini menekankan kemudahan kredit tetap dan tempoh pembayaran semula, keunikannya adalah ia tidak mempunyai kadar faedah campuran dan kadar maksimum tetap yang boleh dikenakan kepada pelanggan untuk pembayaran lewat.
baca berita Maybank lancar kad kredit Islam, Amex di utusan klik sini
No comments:
Post a Comment