Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, January 12, 2010

8P KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

بسم الله الرحمن الرحيم


Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

31. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).



"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Tuesday, November 24, 2009

selamat bercuti..

assalamualaikum...
selamat bercuti kepada semua...
mohon ampun dan maaf..
wassalam...

Thursday, June 18, 2009

kerja..

rabu. khamis minggu ni kursus emis online...
nak kena update online plak emis lepas ni...
minggu depan nak kena siapkan jadual baru plak...
3 orang guru kontrak dihantar mai oleh Najib dibawah pakej ransangan ekonomi.. Alhamdulillah..
boleh kurangkan beban guru skkd.
aku terpaksa la buat jadual baru plak...
boleh la ubah semula jadual pend. Islam jd 2,1,1,1,1.
sebelum ni 2,2,1,1
penggal kedua Al-Quran bukan lg 4 waktu cuma 2 waktu...
sengit jugak tu..ada guru jqaf tak boleh belaga antara kelas..sebab GPI lain2..
semoga dipermudahkan buat jadual... Amin!!!
minggu depan jugak nak kena update SMM.. aduh... bila la boleh nak bedak kat orang sama kerja SMM ni...
minggu depan sekali lg kena pi golf jawi resort la plak.. 28 jun-1 jul
sekiranya tiada aral melintang Insya Allah boleh pi...
dulu ada kursus juga di penang tp tak boleh pi sebab aku demam nak dapat anak sulung,
yg kedua tak boleh pi jugak sebab anak sulung demam.. apa boleh buat..ketentuan Allah...

semoga segala urusan aku dipermudahkan... Amin!!!

Sunday, May 24, 2009

keluarga aku...





abah, ummi, iman danial dan aysraf hadi















ummi, iman danial dan asyraf hadi












la ni, iman banyak merajuk...mgkin jeles kat adik dia kot...

Sunday, October 12, 2008

Anak Kedua Aku

gmbr diambil pd hr kedua kelahiran










Alhamdulillah... Isteri aku selamat melahirkan anak kami berdua

pd malam malam jumaat 9 okt 2008/ 10 Syawal 1429H jam 10.07pm...

Kedua-duanya sihat... Insya Allah esok balik kerumah org tua isteri di Kg Musa, Pedu.

Aku pun dpat cuti seminggu... boleh la tgk pasukan dikir barat SKKD beraksi

di SMK Kuala Nerang pd 18 okt 2008.

Insya ALlah sekiranya tiada aral melintang aku nak namakan anak aku ni

Nur Asyraf Hadi bin Mohd Izwan bin Idris bin Budin (Ustaz Nasir Awang bg cadangan...)

cahaya semulia-mulia penunjuk jalan kebenaran

Semoga anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan juga keluarga kami diberkati ALlah
dan sentiasa didlam keredhaan Allah... AMIN!!!








Sunday, August 24, 2008

cara buat blog..

salam..ramai yg teringin nak belajar buat blog... aku pun dulu teringin sgt nak ada blog ke web ke.. heran mcmana depa buat.. mula2 aku jumpa cara buat blog kat monakas.com.. aku daftar dan monakas hntr kat aku video cara buat blog dalam bhs melayu.. dr situ la aku belajar buat blog..
untuk sesapa yg nak belajar blog boleh la ambik video yg aku ambik dr monakas tu.. (klik sini) berikut senarai web/blog yg aku rujuk dan boleh boleh hangpa semua memantapkan lg blog hangpa.. (hakikatnya aku sendiri pun tak pandai mana)

  1. http://blogmenjerit.com/
  2. http://sembangkomputer.com/
  3. http://infoict.dapat.com/
  4. http://danialirfan.blogspot.com/
  5. http://grapesnasyid.blogspot.com/
  6. http://adiwidget.blogspot.com/
  7. http://www.bloggerbuster.com/
  8. http://asasberblog.blogspot.com/
  9. http://www.noorizamshah.com/
  10. http://myp4u.blogspot.com
  11. search engine... yahoo, google dll... taip saja apa yg nak berkaitan blog, tekan enter...

kalau hangpa rajin dalm web/blog diatas ni ada lg link2 ketempat lain yg boleh memantapkan lg blog... aku juga tanya kawan2.. nak pecah kepada 3 template s baru baru ni ikut blogbuster tak boleh pun (tak reti la tu...) terpaksa la minta tolong ustaz mi yg buat..

kalau nak tanya mcmana aku buat kat dlm blog aku ni pun blh juga... bleh contact aku.. Insya Allah aku akan bg script javanya...

selamat mencuba membuat blog dan memantapkan blog...

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd