Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Sunday, May 24, 2009

keluarga aku...





abah, ummi, iman danial dan aysraf hadi















ummi, iman danial dan asyraf hadi












la ni, iman banyak merajuk...mgkin jeles kat adik dia kot...

Tuesday, May 19, 2009

Hari Guru 2009 SK Kedawang

Bergambar kenangan pada Hari Guru peringkat sekolah yang disambut pada 17 Mei 2009
Baca lanjut di e-majalah sk kedawang.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU



selamat hari guru kepada semua guru yang telah banyak berjasa mengajar dan mendidik daku... ampunkan dosa dosa ku...
selamat hari guru kepada semua guru di dunia...
semoga tidak jemu mendidik anak murid kita...

Thursday, May 7, 2009

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Artikel asal dari http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17127

" Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam


Saturday, May 2, 2009

Gambar Staf SK Kedawang

Barisan Belakang Dari Kanan : Tn. Syed Hussin, Rusli, Kamal, Azizi, Ramli, Zahir, Idris Said, Ahmad Nasir, Rokhaimi, Sabri, Halim, Izwan, Azrul, Suriati, Haizad, Norizal, SAbriah, Nazmi, Che Intan, Mohd Nasir, Mashitah, Zamferi, Siti Rashidah, Idris Hamzah dan Alias.
Barisan Tengah dari Kanan : Haniza, Maimunah, Nurul Huda Rashid, Nor Aiffa, Nurul Salikin, Rafidah, Shafizah, Nurul Huda Ab. Raji, Nor Hana Intanwatinisa, Masriya, Halimah, Che Salmah, Khalijah Salleh, Zuraini dan Nor Azlina.
Duduk dari kanan ; Dayang Azlina, Ahmad Zifni, Samsuddin, Ibrahim (PK HEM), Radzi@Yusuf (YDP PIBG), Tn. Hj Din Ibrahim, Hasni (NYDP PIBG), Saudah, Ku Kholijah, Wan Norma dan Haslina.

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd