Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Sunday, October 19, 2008

cuti 7 hari dah habih...

cuti 7 hr yg aku dapat untuk isteri bersalin dah habis... so kembali ke langkawi...
sunyi rasa bila sampai langkawi...
anak2 dan isteri kat kampung...
macammana la rasa org yang keja kat langkawi tp isteri/suami di tanah besar..
kesian kat depa... aku yg bini balik bersalin pun rasa sunyi...

nur iman danial cuba mengganggu adiknya nur asyraf hadi 1



nur iman danial cuba mengganggu adiknya nur asyraf hadi 2




nur iman danial sedang melayan perasaan sorang diri, maklum la dah ada adik lani

nur iman danial sedang belajar membaling 'karem'


gambar pd 15/10/08

gmbr pd 18/10/08 sebelum aku pulang ke langkawi

waktu aku balik langkawi, kedua-dua anak aku sedang tido...
sian depa bangun tido abah depa dah balik ke langkawi...
tp takkpa ummi depa tak tido...

Sunday, October 12, 2008

Anak Kedua Aku

gmbr diambil pd hr kedua kelahiran










Alhamdulillah... Isteri aku selamat melahirkan anak kami berdua

pd malam malam jumaat 9 okt 2008/ 10 Syawal 1429H jam 10.07pm...

Kedua-duanya sihat... Insya Allah esok balik kerumah org tua isteri di Kg Musa, Pedu.

Aku pun dpat cuti seminggu... boleh la tgk pasukan dikir barat SKKD beraksi

di SMK Kuala Nerang pd 18 okt 2008.

Insya ALlah sekiranya tiada aral melintang aku nak namakan anak aku ni

Nur Asyraf Hadi bin Mohd Izwan bin Idris bin Budin (Ustaz Nasir Awang bg cadangan...)

cahaya semulia-mulia penunjuk jalan kebenaran

Semoga anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan juga keluarga kami diberkati ALlah
dan sentiasa didlam keredhaan Allah... AMIN!!!








Thursday, October 9, 2008

SK Kedawang Johan Dikir Barat jQAF Langkawi


Utara: SK Kedawang johan dikir barat bahasa Arab

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20081008084524/Article/

LANGKAWI: Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang muncul johan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab selepas menewaskan 14 pasukan lain sempena Majlis Khatam al-Quran Peringkat Daerah di SK Ulu Melaka di sini, semalam.

Berbekalkan suara merdu Tok Juaranya, Mohd Razif Subri, sekolah itu yang juga juara bertahan mengekalkan kedudukannya selepas mengatasi pencabar terdekat SK Seri Negeri di tempat kedua dan SK Kelibang ketiga.

Sementara itu, SK Kelibang beraksi cemerlang dalam acara Kalam Jama'i selepas meninggalkan pencabar terdekatnya, SK Padang Matsirat dan SK Kedawang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Kedah, Zainab Md Saman turut hadir menyaksikan pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Aziz Ahmad.

Program sehari itu disertai 600 murid sekolah rendah seluruh Langkawi di bawah Program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF).

Bagi acara Kuiz j-QAF, SK Langkawi muncul johan, diikuti SK Seri Negeri dan SK Kelibang masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada pertandingan bagi memilih peserta terbaik mewakili Langkawi ke peringkat negeri.

Berucap pada majlis itu, Zainab berkata, j-QAF berjaya sejajar sasaran Kementerian Pelajaran yang mahu memastikan murid menamatkan sekolah rendah khatam Quran, menguasai Jawi serta asas bahasa Arab.

"Program ini diberi pendekatan lebih luas dan besar oleh pengurusan sekolah rendah apabila murid tahun satu hingga empat diperkenalkan dengan kelas tasmi' al-Quran selain belajar sistem Iqra' di kelas biasa," katanya.



lagi berita di http://jqafskkedawang.blogspot.com/2008/10/kejayaan-anak-anak-sk-kedawang.html

Wednesday, October 8, 2008

gambar kenangan raya aidilfitri 1429/2008


kami sekeluarga di spg bkt tembaga pd raya pertama

Bersama dengan mak, huda adik aku dan taufik adik ipar aku.

di kampung musa, pedu : bersama dgn mak mentua, adik ipar (jan) dan biras (imah) bersama dengan anak masing2

tok, tokwan, ayah dan adik beradik sebelah isteri di depan rmh ayah, kg musa,pedu




JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd