Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Undilah

Thursday, October 9, 2008

SK Kedawang Johan Dikir Barat jQAF Langkawi


Utara: SK Kedawang johan dikir barat bahasa Arab

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20081008084524/Article/

LANGKAWI: Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang muncul johan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab selepas menewaskan 14 pasukan lain sempena Majlis Khatam al-Quran Peringkat Daerah di SK Ulu Melaka di sini, semalam.

Berbekalkan suara merdu Tok Juaranya, Mohd Razif Subri, sekolah itu yang juga juara bertahan mengekalkan kedudukannya selepas mengatasi pencabar terdekat SK Seri Negeri di tempat kedua dan SK Kelibang ketiga.

Sementara itu, SK Kelibang beraksi cemerlang dalam acara Kalam Jama'i selepas meninggalkan pencabar terdekatnya, SK Padang Matsirat dan SK Kedawang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Kedah, Zainab Md Saman turut hadir menyaksikan pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Aziz Ahmad.

Program sehari itu disertai 600 murid sekolah rendah seluruh Langkawi di bawah Program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF).

Bagi acara Kuiz j-QAF, SK Langkawi muncul johan, diikuti SK Seri Negeri dan SK Kelibang masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada pertandingan bagi memilih peserta terbaik mewakili Langkawi ke peringkat negeri.

Berucap pada majlis itu, Zainab berkata, j-QAF berjaya sejajar sasaran Kementerian Pelajaran yang mahu memastikan murid menamatkan sekolah rendah khatam Quran, menguasai Jawi serta asas bahasa Arab.

"Program ini diberi pendekatan lebih luas dan besar oleh pengurusan sekolah rendah apabila murid tahun satu hingga empat diperkenalkan dengan kelas tasmi' al-Quran selain belajar sistem Iqra' di kelas biasa," katanya.



lagi berita di http://jqafskkedawang.blogspot.com/2008/10/kejayaan-anak-anak-sk-kedawang.html

1 comment:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd