Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Thursday, April 10, 2008

Menggunakan komputer sebagai Interkom

Komputer kini telah boleh digunakan sebagai telefon, apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan VOIP (Voice Over Internet Protocol). Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk mengantikan telefon ianya beroperasi seperti telefon dimana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang "Answer" sebelum perbualan boleh dilakukan. Kadangkala kita memerlukan kemudahan yang terdapat didalam telefon di pejabat kita dimana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan ini dinamakan Interkom. Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini telah boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks. Ianya boleh dimuat-turun di www.loudtalks.com. Dengan memasangkan perisian ini anda telah boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan atau pekerja anda diseluruh dunia seperti mereka berada di pejabat yang sama.

Langkah pertama adalah untuk anda mendaftarkan nama pengenalan anda:

Setelah itu anda beritahu rakan anda supaya memuat-turunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka. Setelah rakan anda berjaya mendaftar, untuk berkomunikasi dengan mereka anda hanya perlu memilih, Tools > Add a contact

Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan.

Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya terdapat didalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka di dialam senarai dan tekan diatas butang untuk bercakap. Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7. Jika anda ingin mengubah butang-butang yang diberikan anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options

No comments:

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd