


Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
Ramadhan penuh dengan ibadat
Puasa, sedekah, Quran dan solat
8 atau 20 yg penting buat
org dulu berlumba buat khairat
Terawih bukan hanya solat
Tapi potensi diri digilap jgn berkarat
Diajar supaya anggota ada berkat
untuk lawan nafsu yang jahat
Solat sebagai ibadat cukup hebat
Lihatlah Salahudin al-Ayyubi yang membebas qiblat
Memilih pahlawan berjaga malam Allah didekat
untuk bebaskan Quds dari Tentera Salib pengkhianat
Demikian juga Muhammad al-Fatih pemuda hebat
Tak tinggal tahajjud semenjak usia meningkat
Rawatib dibuat walau hanya sunat
Bebaskan Konstantinopel dari tangan penjahat
Kajian terhadap solat dibuat
Gelombang otak dan lain-lain dilihat
Solat jadi terapi untuk sihat
Allah jadikan memang ada hikmat
Anda solat terasa lazat?
Atau hanya sekadar buat?
Berdiri untuk solat pun terasa berat?
Ertinya anda kehilangan satu nikmat!
artikel dari : http://www.niknasri.com/?p=876
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)
6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)
Terdapat banyak kemudahan di Internet yang memberikan peluang untuk pengguna menghasilkan laman web dengan cara yang mudah. Namun kini telah terdapat kemudahan yang paling mudah dan cepat untuk mewujudkan laman web. Pada masa laman web baru di perkenalkan cara untuk mewujudkan laman web adalah dengan menaip kod HTML didalam Wordpad dan kemudian melihat kod yang telah ditaip menggunakan Browser. Teknologi telah berubah dimana perisian seperti Frontpage dan dreamweaver telah diperkenalkan. Namun ianya masih sukar untuk digunakan kerana ianya perlu menggunakan perisian. Kemudian diperkenalkan, CMS atau Content Management System. Pengguna tidak lagi perlu memasang apa-apa perisian dikomputer hanya perlukan browser sahaja. Kemudian wujud Blog dimana tidak perlu untuk mengarahkan dimana maklumat hendak diletak didalam laman web kita, hanya taip dan ianya akan disusun secara automatik. Namun setakat ini kebanyakaan laman web yang menggunakan browser tidak membenarkan kita meletakkan gambar atau teks mengikut kehendak kita. Kini terdapat laman web yang memberikan kit peluang untuk membentuk laman web seperti kita menghasilkan brochure kita sendiri, tanpa sebarang halangan rupaletak. Laman web tersebut adalah www.roxer.com.
Anda hanya perlu mendaftar dan memilih alamat yang dikehendaki. Anda seterusnya boleh meletakkan teks atau gambar dimana-mana diatas mukasurat yang telah diwujudkan. Saya juga telah menghasilkan laman web saya sendiri menggunakan kemudahan Roxer.Komputer kini telah boleh digunakan sebagai telefon, apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan VOIP (Voice Over Internet Protocol). Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk mengantikan telefon ianya beroperasi seperti telefon dimana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang "Answer" sebelum perbualan boleh dilakukan. Kadangkala kita memerlukan kemudahan yang terdapat didalam telefon di pejabat kita dimana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.
Kemudahan ini dinamakan Interkom. Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini telah boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks. Ianya boleh dimuat-turun di www.loudtalks.com. Dengan memasangkan perisian ini anda telah boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan atau pekerja anda diseluruh dunia seperti mereka berada di pejabat yang sama.
Langkah pertama adalah untuk anda mendaftarkan nama pengenalan anda:
Setelah itu anda beritahu rakan anda supaya memuat-turunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka. Setelah rakan anda berjaya mendaftar, untuk berkomunikasi dengan mereka anda hanya perlu memilih, Tools > Add a contact
Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan.
Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya terdapat didalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka di dialam senarai dan tekan diatas butang untuk bercakap. Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7. Jika anda ingin mengubah butang-butang yang diberikan anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options
Get a free hit counter today! |