Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Tuesday, March 25, 2008

Perak gagal sekat gempuran Kedah


KEDUDUKAN Kedah selaku pendahulu Liga Super kini semakin sah sukar dicabar pasukan lain apabila skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah itu membelasah Perak 5-1 di hadapan 35,000 penonton pada perlawanan tunggal di Stadium Darulaman malam tadi.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20080325002600/Article/index_html
Kerapuhan benteng Perak kini semakin ketara dan pasukan bimbingan Steve Darby kini sudah melepaskan 15 jaringan daripada hanya tiga perlawanan termasuk satu perlawanan Piala AFC.

Kedah hanya memerlukan 13 minit untuk menembusi benteng Perak apabila Khyril Muhymeen Zambri berjaya melepasi pertahanan pelawat di sebelah kiri sebelum melakukan hantaran silang yang ditampan masuk ke gawang sendiri oleh pertahanan Perak, S Subramaniam.


Belum sempat Perak mengatur gerakan, Khyril sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada benteng Perak pada minit ke-20 apabila menyambut baik hantaran Marlon Alex James dari sebelah kiri kawasan Perak sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Hamsani Ahmad dari jarak dekat.

Pemain sayap kebangsaan itu kemudian terus melebarkan jurang gol Kedah pada minit ke-27, apabila berjaya menanduk masuk hantaran silang bek kiri Kedah, Shafizan Hashim dari sebelah kanan kawasan Perak.

Marlon kemudian melengkapkan derita Perak dengan jaringan keempat pada minit ke-39, selepas bijak mencuri bola daripada kawalan pemain pertahanan import Perak, Mario Barios sebelum mudah menewaskan Hamsani.

Perak meningkatkan permainan pada babak kedua dengan menggagalkan beberapa gerakan merbahaya Kedah, dan mula melancarkan beberapa serangan balas ke kawasan tuan rumah.

Usaha Perak akhirnya berhasil apabila Razali Umar Kandasamy berjaya melepasi kawalan Bernard Hugging dalam kawasan penalti sebelum menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza pada minit ke- 77.

Namun kegembiraan Perak hanya seketika kerana Kedah terus menggandakan asakan selepas itu dan berjaya memperoleh gol kelima pada minit ke-78 menerusi rembatan kencang Fadly Bahrom dari jarak 25 yang mengesahkan kemenangan Hijau Kuning.

Kemenangan besar malam tadi membolehkan Kedah kini mengutip 44 mata hasil 18 perlawanan yang terus mencerahkan peluang mereka mengekalkan kejuaraan Liga Super, meninggalkan pencabar terdekat Selangor yang berada lima mata di belakang dengan 39 mata.

No comments:

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd