Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Sunday, February 22, 2009

TAN SRI RAFIDAH BERCAKAP DIDEPAN AL-QURAN TAPI TAK PAKAI TUDUNG



RAFIDAH Aziz bersama Exco Wanita UMNO selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di PWTC, semalam

Dengan rasa tak malu dan tidak takut kepada Allah Rafidah Aziz boleh letak Al-Quran didepannya ketika sidang media. Dia ingat Al-Quran tu buku cerita kot... Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad yang paling agung. Di dalam Al-Quran terdapat perintah Allah supaya wanita Islam memakai tudung dan menutup aurat. Apa la perasaan depa yang tak pakai tudung kat dalam gambar tu...mungkin depa tu tgh berazam lepas ni nak pakai tudung kot!!!.. AMIN!!!


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ

غَفُورًا رَحِيمًا

Terjemahan : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzab : 59)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


terjemahan : Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur :31)


Diantara kesalahan wanita sekarang menutup aurat ialah:


kat sekolah aku pun ada juga la yg macam ni...setakat mana la iman ustat ni tak tegur orang... semoga Allah membuka pintu hati semua wanita Islam yang masih belum sempurna auratnya, yang kekadang sempurna, kekadang tidak sempurna cara tutup auratnya dapat menutup aurat dengan sempurna dan mengikut garis panduan Islam... AMIN!!!

Baca lebih lanjut mengenai aurat wanita di sini

teringat masa mula2 di Nilam Puri dulu, kami semua wajib menghafal ayat ke-30 Surah An-Nur.

Saturday, January 17, 2009

Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu (P36)


CALON-CALONNYA
dan pemenangnya ialah....
Tahniah kepada Tn. Hj. Mohd Abdul Wahid Endut.
Semoga dapat menjaga amanah yang diberikan oleh Allah ini.
Takbir!!! الله اكبر الله اكبر الله اكبر

Monday, January 12, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

petikan dari Harakahdaily
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.
Oleh itu, aku akan cuba dan akan berazam tidak lg menggunakan barangn buatan Israel... tp hakikatnya kehidupan aku dikelilingi barangan dr ISrael Laknatullah... handphone nokia, ubat gigi colgate, minum milo nescaffe, guna perisian intel, kekadang teringin juga nak makan kat kfc, mcd dan pizza hut... dan macam2 lg,...
takpa aku akan cuba tinggal dan boikot barangan yahudi laknat tu... biar mampus ekonomi yahudi...tp jangan tak tinggal langsung plak... untung lg banyak la Yahudi tu....
berapa sangat orang islam nak boikot brgn yahudi laknat tu... berapa orang Islam saja yang sedar?
Selain boikot apa lg kita blh buat? Kita boleh berdoa, solat hajat, bantuan doa (doa qunut nazilah dlam web UZAR) dan lain2 yang mampu kita buat... atau adakah kita sanggup berjihad hingga ke Palestin berjuang bersama HAMAS?
Marilah kita berdoa kepada Allah: (doa diambil dari laman web UZAR)
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka...

AMIN!!!

Sunday, November 30, 2008

balik langkawi sat ambik keta..

hmmm...balik kg intenet takdak, tak bleh la nak update blog, nak cek emel... balik lngkawi ni bleh la update blog sikit..


seblum brtolak ke langkawi jumaat petang, aku ambik gambaq rmh aku dulu... saja..





jiran... a'on khamis


rumah aku ni kat simpang bukit tembaga,jalan kuala nerang berdekatan dengan muasasah darul 'ulum.. keta hijau tu la kegunaan aku masa cuti... mgkn 2, 3 tahun lg, kerajaan akan ambik balik tanah rizab depan rmh aku tu, sampai la kat paking keta hijau tu...



mai langkawi peristiwa tak best la plak berlaku,malam aku keluar p TSH, paking kat belakang, ketaaku kena langgar punggung sama punnggung, yg tak syoknya lg, yg belah tu, terus belah.. tinggal la no tel senang aku nak contact claim balik.. apa daa..nasib baik ada org nampak... keta tu toyota altis (KV1396C) perempuan cina.



keta dah hantar p tanjung lembung dah tengahari td... esok dah boleh ambik kat k.kedah.. so, pg sok aku balik kg laaa.. nak mai plak mgkn hujung bulan 12 ni kot... Insya Allah... so, nak buat mcmana dgn kemek tu... esok try p cr org yg belah tu..kot2 jumpa boleh minta duti reper... yg lain serah kat Allah...


21 nov br2 ni, buat kenduri sikit cukur rambut Nur Asyraf Hadi, dah semakin berisi anak kedua aku ni... mgkn yg ni lahir cukup bulan, Nur Iman Danial lahir tak cukup bulan (7 bulan)...



harap2nya kedua2 anak aku ni menjadi anak yang soleh... Insya Allah

Wednesday, November 12, 2008

ABAH : IDRIS BIN BUDIN


abah, am dan aku

di pantai murni
abah tak sempat pergi haji, tp dah buat upah haji
Abah meninggal pada 22 Nov 1990. masa cuti penggal kedua (masa tu cuti panjang bulan 11). Abah aku tak sempat lihat aku masuk peralihan Maktab Mahmud pada bulan 12. Abah meninggal sakit kencing manis dan darah tinggi. Lama dah dia menderita sakit tu...meninggal umur 40 tahun. Masa tu aku baru berumur 12 tahun, am 16 tahun, cik 8 tahun dan huda baru 6 tahun. Mak aku masa tu berumur 38 tahun.
Lepas abah meninggal, mak aku bersusah payah membesarkan anak-anaknya...kesian kat mak aku...ntah berapa gelang, rantai terpaksa gadai untuk bela anak2...Alhamdulillah anak-anaknya kini boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang masing-masing berkat doa mak...Semoga segala usaha mak aku selama ini dibalas dengan Syurga Allah... Insya Allah..
Semoga juga roh abah aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. AMIN...!!!

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd