Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Sunday, November 30, 2008

balik langkawi sat ambik keta..

hmmm...balik kg intenet takdak, tak bleh la nak update blog, nak cek emel... balik lngkawi ni bleh la update blog sikit..


seblum brtolak ke langkawi jumaat petang, aku ambik gambaq rmh aku dulu... saja..





jiran... a'on khamis


rumah aku ni kat simpang bukit tembaga,jalan kuala nerang berdekatan dengan muasasah darul 'ulum.. keta hijau tu la kegunaan aku masa cuti... mgkn 2, 3 tahun lg, kerajaan akan ambik balik tanah rizab depan rmh aku tu, sampai la kat paking keta hijau tu...



mai langkawi peristiwa tak best la plak berlaku,malam aku keluar p TSH, paking kat belakang, ketaaku kena langgar punggung sama punnggung, yg tak syoknya lg, yg belah tu, terus belah.. tinggal la no tel senang aku nak contact claim balik.. apa daa..nasib baik ada org nampak... keta tu toyota altis (KV1396C) perempuan cina.



keta dah hantar p tanjung lembung dah tengahari td... esok dah boleh ambik kat k.kedah.. so, pg sok aku balik kg laaa.. nak mai plak mgkn hujung bulan 12 ni kot... Insya Allah... so, nak buat mcmana dgn kemek tu... esok try p cr org yg belah tu..kot2 jumpa boleh minta duti reper... yg lain serah kat Allah...


21 nov br2 ni, buat kenduri sikit cukur rambut Nur Asyraf Hadi, dah semakin berisi anak kedua aku ni... mgkn yg ni lahir cukup bulan, Nur Iman Danial lahir tak cukup bulan (7 bulan)...



harap2nya kedua2 anak aku ni menjadi anak yang soleh... Insya Allah

Wednesday, November 12, 2008

ABAH : IDRIS BIN BUDIN


abah, am dan aku

di pantai murni
abah tak sempat pergi haji, tp dah buat upah haji
Abah meninggal pada 22 Nov 1990. masa cuti penggal kedua (masa tu cuti panjang bulan 11). Abah aku tak sempat lihat aku masuk peralihan Maktab Mahmud pada bulan 12. Abah meninggal sakit kencing manis dan darah tinggi. Lama dah dia menderita sakit tu...meninggal umur 40 tahun. Masa tu aku baru berumur 12 tahun, am 16 tahun, cik 8 tahun dan huda baru 6 tahun. Mak aku masa tu berumur 38 tahun.
Lepas abah meninggal, mak aku bersusah payah membesarkan anak-anaknya...kesian kat mak aku...ntah berapa gelang, rantai terpaksa gadai untuk bela anak2...Alhamdulillah anak-anaknya kini boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang masing-masing berkat doa mak...Semoga segala usaha mak aku selama ini dibalas dengan Syurga Allah... Insya Allah..
Semoga juga roh abah aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. AMIN...!!!

Monday, November 3, 2008

HUKUM BULUH MAS - Ustaz Zaharudin

La ni ramai sangat orang yang nak kaya segera.. termasuk la aku (agaknya...) mudah sgt nak terpengaruh dengan pelaburan yg mudah dapat wang segera tanpa memikirkan halal ke haram ke pelaburan yang dibuat...pendapatan yang haram plak akan membawa kita ke neraka.. wal'iyazubillah...
BuluhMas aku juga masuk RM15, tu pun ada kekawan yg daftar kat aku... fikir panjang juga aku nak masuk Buluh Mas tu.. sebab hasilnya tetap tiap-tiap bulan... masuk RM15, tiap2 bulan akan dapat RM1. Labur banyak, lg banyak dapat bulan2, dapat pencen (Buluh Mas la kata...)
Aku ada hantar emel kat buluh mas - info@buluhmas.com , menepati syariat ke cara depa buat tu.. depa jawab (w'slm,ye jgn risau...ni mmg tuk majukan org islam n melayu....sila tgglkn no contact anda klu berminat) tp emel bukan jawapan dari info@buluhmas.com. ni yang muskil ni..
Baca artikel dari artikel UZAR "Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?" barulah paham lg mengenai pelaburan yang salah dan pelaburan yang tak salah..

petikan UZAR:
- jika anda ingin bertanya kepada saya hukum sesuatu perniagaan, tolonglah semak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Jadilah seorang proaktif dalam melaporkan mana-mana kewujudan syarikat yang sebegini kepada BNM atau Suruhanjaya Sekuriti (SC), selepas itu barulah sesuai ditanya kepada saya atau mana-mana ilmuan Syariah dalam bidang Fiqh Muamalat di mana jua.

- satu lagi persoalan diluluskan oleh BNM & SC, semak pula mengapa pula pihak syarikat tidak mahu mengambil penasihat berwibawa untuk menyemak dan mengesahkan sistem dan produk mereka. Jangan lupa, mungkin ada beberpa syarikat yang mengambil mudah dengan meletakkan entah siapa-siapa sebagai penasihat Shariah syarikat mereka bagi mengabui mata pelanggan. Semak latar belakang penasihat Shariah, jadilah seorang yang bijak dan berfikiran panjang sebelum terjebak dan akhirnya menjadi mangsa.

- jikakalau perniagaan itu mempunyai sistem yang diakui halal sekalipun tetapi melanggari peruntukan undang-undang yang ada, saya tetap tidak boleh menyokongnya, juga tidak boleh untuk mewarwarkannya sebagai halal. Ia merbahaya kerana mungkin saya pula akan disabit kesalahan kerana seolah berkempen untuk sesuatu perniagaan yang tidak menuruti undang-undang.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi ALlah daripada mendapat pendapatan yang haram... kesian anak2 kita, makan makanan haram sebab kita tak ambik berat mengenai hukum ALlah..
Bila agaknya Daulah Islamiyah akan tertegak di Malaysia...sama2 kita doakan... MEMBANGUN BERSAMA ISLAM... InsyaAllah..

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd