Semoga aku mampu menjaga keluarga aku dari api neraka...AMIN!!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. (At-Tahrim)

Thursday, June 12, 2008

Majlis fatwa arah PTPTN ubah kaedah kira caj

Jakim pantau perubahan pastikan agensi patuh garis panduan

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut garis panduan ditetapkan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

"Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu. "Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.
Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci. Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan. Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar, bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang. Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.
Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai. "Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Tuesday, June 10, 2008

Sokong PTPTN ubah kiraan caj 3%

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj tiga peratus yang dikenakan kepada para pelajar selama ini. "Langkah ini sangat tepat dan langkah segera perlu diambil oleh PTPTN untuk menghilangkan keresahan dan kegelisahan di peringkat mahasiswa yang selama ini berada didalam keadaan kegusaran samada caj yang dikenakan itu berlandaskan syariat atau tidak," kata timbalan presidennya Firdaus Khairi.Beliau bekata gesaan majlis fatwa itu wajar menjadi panduan kepada semua pihak apabila berurusan dengan permasalahan muamalat Islam. "Langkah merujuk ini bukan sahaja hanya pada permasalahan kewangan sahaja. "Langkah merujuk ini (majlis fatwa) perlu diperluaskan oleh segenap aspek termasuklah undang-undang, sistem pendidikan dan pembangunan," katanya, mengulas keputusan majlis fatwa baru-baru ini agar PTPTN mengubah kiraan caj. Majlis itu, melalui kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dilaporkan telah menemui tabung pendidikan itu dan menerangkan garis panduan mengenakan caj itu sesuai dengan kehendak agama.Pada 2002, majlis itu berfatwa bahawa PTPTN boleh mengenakan caj perkhidmatan dengan syarat kos itu sebenar. Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi pernah meminta nasihat majlis fatwa untuk menentukan sama ada caj tersebut termasuk kategori riba atau tidak.Firdaus berkata PKPIM amat prihatin dengan permasalahan ini dan telah lama memperjuangkannya.

JUDI HARAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah : 90)

listen2quran

Listen to Quran

القرءان

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

scribd